LOKASI
DAN SEJARAH KG KOK PASIR
Kampung
Kok Pasir terletak di daerah Sungai Pinang dalam Jajahan Tumpat
lokasinya kira-kira 7 kilometer dari Bandar Tumpat dan 15
kilometer dari ibu Negeri Kelantan iaitu Kota Bharu.
Keluasannya kira-kira 270 ekar.
Dari
Destinasi lain, ke Kg Kok Pasir boleh melalui jalan raya, jalan
keretapi dan jalan sungai.
Kampung
sekitar Kok Pasir ialah , Kg. Kok Keli, Kg. Hutan Jambu, Kampung
Belian dan Kg. Berangan. Pada
tahun 2003 penduduk Kok Pasir seramai 1788 orang dan 100 %
berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Latar
Belakang.
Mengikut
sejarah orang tua-tua di kampung ini. Kampung Kok Pasir mula
diterokai sekitar tahun 1830-an oleh dua beradik dari Negeri
Terengganu iaitu Haji Che Yusof dan Che Hussin.
Haji
Che Yusof meneroka tanah di kawasan Hutan Jambu dan Che Hussin
meneroka tanah di kawasan Kampung Kok Pasir. Selepas itu
ramailah orang lain yang datang mendiami kampung ini.
Mereka berdua membawa diri ke sini dipercayai merajuk
kerana pertelingkahan keluarga.
LAGENDA
Mengikut
lagenda, sungai di
kampung ini ialah tempat persinggahan (Pengkalan) perahu-perahu
layar pedagang untuk menjual dagangan termasuk garam, gambir,
kain beberapa barangan lain.
Kebanyakan mereka dari Thailand. Perahu-perahu layar
mereka dikenali dengan panggilan “JONG”
Entah
bagaimana pada suatu hari, sebuah JONG mereka yang sarat dengan
barang dagangan karam dipukul ribut.
Semuanya
tenggelam termasuk barang dagangan tidak dapat diselamatkan
hanya nampak tiang layar (tempat itu merupakan dasar sungai yang
paling dalam dipanggil lubuk).
Berita tenggelamnya Jong itu telah tersebar
luas. Selepas peristiwa jong tenggelam itu, kampung ini
dikenali dengan nama “Kampung Lubuk Jong”
Nama
Lubuk Jong ini, makin lama semakin hilang dari ingatan penduduk
di sini sebagaimana hilangnya tiang layar yang terbenam di
sungai. Proses hakisan dan pereputan menghilangkan terus layar
jung dari pandangan mata begitu juga nama kampung Lubuk Jong
hilang dari sebutan orang ramai.
Pengkalan
tempat persinggahan perahu-perahu dagang terus maju dan makin
lama makin maju. Bukan sahaja mereka berjual-beli, malahan ada
diantara mereka singgah ke darat untuk memasak nasi bagi
kegunaan harian.
Pada
suatu hari berlaku satu peristiwa dimana salah seorang daripada
satu keluarga menyuruh
anaknya memasak nasi. Anaknya bertanya berapa banyak nasi hendak
dimasak.
“Se
leng ke Mak?” (satu leng sukatan lama sama dengan ½ cupak) , jawab maknya “Hor” (ya) anaknya inginkan kepastian lalu
diulang-ulang beberapa kali.
Peristiwa
itu telah didengar oleh beberapa orang di sekitar yang
kemudiannya menjadi buah mulut oleh orang ramai sebagai suatu
jenaka kampung dan terus tersebar sehingga kampung ini
dikenali sebagai kampung “Selehor “ iaitu hasil
gabungan antara perkataan
seleng + hor.
Dengan
kemunculan Hj. Abdul Rahman bin Hj. Othman seorang ulama yang
zahid, mutabbar dan waro’ maka Kampung Selehor ini tersohor
bukan sahaja di Kelantan, seluruh negeri-negeri di Malaysia,
malahan di negara Thailand, Indonesia, Singapura dan
Brunei.
Disebabkan
terkenalnya Kampung Selehor ini, menjadikan Haji Abdul Rahman
dikenali sebagai Tok Selehor. Nama Hj. Abdul Rahman lebih
sinonim dengan nama Tok Selehor.
Setelah
meninggalnya Tok Selehor pada tahun 1935 maka kampung Selehor
pun makin lama makin hilang dari ingatan hinggakan generasi
ketiga kini tidak lagi mengenali kampung Selehor.
NAMA KG. KOK PASIR
Cetusan
idea untuk menamakan kampung ini dengan nama Kampung Kok Pasir
adalah berdasarkan kepada perkataan KOK bagi orang-orang di sini
bermakna tanah tinggi.
Bertepatan
dari segi geografi, keadaan tanah di sini beralun dari sawah
kepada kok, kemudian sawah dan kembali kepada kok semula begitu
seterusnya seolah-olah gelombang alunan ombak.
Disebabkan
terdapat kok -kok (tanah
tinggi) dan ianya diliputi oleh tanah-tanah pasir, maka
bertepatanlah lokasi ini dinamakan Kampung Kok Pasir.
Kampung
Lubuk Jong, Kampung Selehor dan Kampung Kok Pasir
adalah terletak di lokasi yang sama. Kemasyurannya
mengikut rentetan sejarah. Generasi kini lebih mengenali Kampung
Kok Pasir daripada
kampung Selehor atau Kampung Lubuk Jong. Pun begitu orang-orang
lama di Kelantan masih mengenali
kampung Selehor jika dibandingkan dengan Kampung Kok
Pasir.
Nama
kampung Kok Pasir diharap akan berkekalan selamanya
sebagaimana kekalnya tahap perpaduan masyarakat yang jitu,
hidup harmoni,toleransi, bersatu padu, rukun damai dan
memikirkan cara untuk meningkatkan taraf hidup yang lebih
tinggi dan berdaya saing.
* Catatan dibuat
oleh En. Abdullah Yusoff , berdasarkan kaji selidik terhadap
orang-orang tua kampung Kok Pasir dan Kampung-kampung sekitar.

Suluk
Tok Selehor - di dalamnya adalah tempat mengasingkan diri
dan
tempat menjalankan ibadat. Suluk ini sesuai untuk dikunjungi
.
Wakaf
ini didirikan oleh Tok Selehor sebelum tahun 1920
dan masih kekal utuh hingga ke hari ini.
Sesuai
untuk dikunjungi.

Gertak
Selehor yang terletak di sekitar Lubuk Jong ini mengundang
pelbagai Peristiwa.

Telaga
Besar Tok Selehor . Kini diperbaharui dan ianya terletak
di Tapak yang bersejarah
iaitu
bekas Pondok Tok Selehor yang dikini didirikan Pondok Darul
Hanan.

Masjid Kok Pasir , dilihat dari arah perkuburan Islam Tok
Selehor.
Warisan
Sejarah Kok Pasir yang berharga.

Kubur
Tok Selehor . Di sinilah bersemadinya tokoh Penting Selehor/Kok
Pasir.
|