BIRO
PRODUKTIVITI DAN PERNIAGAANI
Pengenalan
Penduduk Kg Kok Pasir yang seramai 4,231 orang ( termasuk
Kg. Belian dan Hutan Jambu) adalah
semuanya berketurunan Melayu dan pekerjaan mereka adalah
sebagaimana rata-rata rakyat negeri Kelantan lain. Lebih kurang
30% daripada mereka adalah petani, 15% bekerja dengan
Kerajaaan, 25% Swasta dan 30% bekerja sendiri. Pendapatan
Perkapita bagi penduduk Kg Kok Pasir adalah lebih RM400.00
sebulan.
Memang telah
diketahui ramai bahawa rakyat negeri Kelantan amat gemar
berniaga. Tidak kira besar atau kecil bentuk perniagaan mereka
namun bakat-bakat yang ada digunakan untuk tujuan itu. Begitu
juga dengan penduduk Kg Kok Pasir, kelihatan
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kedai-kedai dan
warong-warong di setiap pelusuk kampong. Di kampong ini terdapat
sebuah kedai bertaraf Mini Market dan 15 yang lain adalah kedai
runcit. Dari kedai-kedai inilah penduduk kampong membeli belah
keperluan harian mereka kerana apa yang mereka inginkan boleh
diperolehi kecuali peralatan-peralatan yang mahal mereka beli di
Tumpat atau Kota Bharu. Oleh kerana budaya orang Kelantan suka
sarapan pagi di kedai kopi, maka terdapat 10 buah kedai kopi
yang beroperasi setiap hari dan kunjungan pelanggan adalah
memuaskan. Terdapat juga dua buah kedai yang menyediakan seperti
goring pisang, keropok dan makanan lain yang sesuai dimakan pada
waktu petang. Pada setiap petang Sabtu ada Pasar Malam yang
menjual pelbagai yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
|
 |
 |
Kg Kok Pasir juga
telah melahirkan tokoh-tokoh separuh koperat di dalam perniagaan
batu bata. Perniagaan ini telah beroperasi sejak sekian lama
yang berlokasi di sawah padi. Sawah padi telah digunakan untuk
mengambil tanah bagi menghasilkan batu bata yang telah digunakan
bagi membuat rumah dan berbagai-bagai bangunan lagi. Mereka kini
telah memiliki kilang untuk membuat batu bata dan tidak ada lagi
cara lama bagi menghasilkan batu bata. Dengan mutunya yang baik
telah menyebabkan ianya laris di pasaran. Di antara
pemilik-pemilik kilang batu bata adalah sebagaimana berikut:
|
Bil
|
Nama
Pemilik
|
Kilang
|
Gok
|
Pekerja
|
|
1.
|
Tn
Hj Muhammad bin Hj Yusof
|
1
|
3
|
20
|
|
2.
|
Tn
Hj Shamsudin bin Hj Yusof
|
1
|
4
|
18
|
|
3.
|
Tn
Hj Mohamad Nor bin Hj Yusof
|
1
|
2
|
10
|
|
4.
|
Che
Kob bin Muhamad
|
1
|
2
|
15
|
|
5.
|
Zulkifli
bin Hj Mohd Nor
|
1
|
1
|
7
|
|
6.
|
Zukri
bin Hj Mohd Nor
|
-
|
1
|
5
|
Dengan adanya
kilang bata tersebut telah menyebabkan ramai penduduk Kg Kok
Pasir dapat bekerja dengan gajinya di antara lebih kurang
RM600.00 sebulan dapatlah mereka menyara keluarga para pekerja
tersebut. Bangunan-bangunan yang dibuat daripada batu bata dapat
dibina dengan baik hasil daripada produk yang dihasilkan oleh
pemilik-pemilik batu bata. Pendapatan mereka sangat lumayan,
anggaran keuntungan bagi setiap pengeluaran adalah lebih kurang
RM2,500.00. Jika mereka dapat mengeluarkan hasil sebanyak 30
kali setahun bermakna mereka memperolehi keuntungan sebanyak
RM75,000.00. Hasil mereka adalah bergantung kepada sebanyak mana
bangunan-bangunan baru dibuat. Buat masa ini bangunan-bangunan
baru terlalu banyak, terutamanya bagi membina sekolah.
Permintaan batu bata ketika ini amat menggalakkan terutamanya
projek kerajaan, namun begitu orang-orang persendirian tidak
kurang juga menggunakan batu bata untuk membuat rumah mereka
yang dapat kita lihat sekarang kebanyakkan rumah-rumah telah
menggunakan batu bata kerana kosnya jauh lebih murah jika
dibandingkan dengan menggunakan kayu. Dengan ini dapatlah
dirumuskan bahawa ekonomi Kg Kok Pasir adalah amat baik dengan
hasil batu bata yang dikeluarkan untuk pembangunan negara dan
menjadi sumber pendapatan kepada penduduk setempat.
|
|
|
|
|
 |
|
|
Bata dikeringkan
sebelum di bakar di dalam Gok |
|
Selain daripada
bata dari tanah, beliau juga mengusahakan bata yang diperbuat
daripada simen. Beliau mempunyai mesin untuk mem-buat bata dari
simen. Anggaran pengeluaran dalam sebulan ialah sebanyak 10,000
biji dengan pendapatan sebanyak RM2,000.00. Mesinnya
dikendalikan oleh 5 orang pekerja.

Proses membuat
batu-bata sedang dijalankan.
.
Hasil pengeluaran
telah diedarkan di seluruh Jajahan Tumpat dan sekitarnya. Beliau
berhasrat untuk membersarkan lagi kilangnya supaya dapat
diedarkan ke seluruh negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya
apabila modalnya telah mencukupi. Sambutan orang ramai terhadap
produk beliau agak memberangsangkan kerana rasa dan mutunya
dapat menandingi dengan lain-lain syarikat.
Produk seterusnya ialah bengkel membuat perhiasan rumah
daripada besi yang diusahakan oleh Mahyudin bin Awang.
Bengkelnya mula beroperasi sejak 5 tahun lalu dan kini telah
banyak mengeluarkan hasil untuk penduduk tempatan dan kawasan
sekitar. Barang-barang dihasilkan ialah Pagar, tingkap
keselamatan dan sebagainya asalkan ianya menggunakan besi.
Dengan adanya bengkel telah memudahkan lagi urusan penduduk
setempat yang ingin membuat peralatan tersebut. Beliau kini
mempunyai 2 orang pekerja dan pendapatannya adalah lebih kurang
RM2,000.00 sebulan.

Encik Mahyudin sedang menjalankan kerja
mencanai di bengkel miliknya.
Produk
seterusnya adalah Memproses Ayam. Ianya telah diusahakan oleh Pn
Fatimah bt Awang kira-kira 10 tahun lalu. Kira-kira 100 ekor
ayam sehari diproses dengan dibantu oleh 4 orang pekerja. Ayam
proses dibeli oleh penduduk setempat di tempat proses manakala
pada setiap hari Sabtu dan Selasa beliau membawa ayam prosesnya
ke Pekan Sehari di Kg Kok Majid dan Kg Laut. Pada hari Pekan
Sehari beliau memproses ayam sehingga 300 ekor sehari. Dengan
adanya produk tersebut telah memudahkan lagi orang-orang kampong
mendapatkan bekalan di samping itu juga beliau telah
mengurangkan kadar pengangguran dengan mengambil pekerja bekerja
dengannya. Bekalan ayam hidup dihantar oleh penternak-penternak
di sekitar Tumpat dan Negeri Kelantan ke rumahnya setiap hari
mengikut permintaannya.

Pasar
Malam Kok Pasir , berjaya menarik pembeli dari penduduk kampung
dan
dari
kampung-kampung berdekatan.
|