Link:

Laman Ediramle

Panduan egroup

Arkib e-mel

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMAN GDW KG. KOK PASIR , TUMPAT

Perternakan.

 

1.                  Ternakan Ikan Perhiasan (Akuarium)

Sesuatu perternakan yang unik telah diusahakan oleh penduduk Kok pasir ialah menertnak ikan perhiasan.

Ternakan yang diusahakan oleh En. Mohd Nordin bin Mamat ini dibuat untuk tujuan dipasarkan.

Sejumlah 6,000 ekor ikan perhiasan yang terdiri daripada spesies ikan pikot, Black Molis, Red Tell, Ikan Tal, Mini Molis,  dan ikan Karim Bangkok   diternak dalam 9 buah kolah dan 20 biji kerek.

 

Encik Nordin sedang hulurkan bekalan makanan untuk ikan-ikan hiasan yang dipeliheranya

 

 

Kolah-kolah ternakan ikan perhiasan yang diusahakan oleh Encik Nordin .

 

 

 

2.                  Ikan Dalam Sangkar

Selain daripada perternakan ikan perhiasan, perternakan ikan dalam sangkar juga turut diusahakan.

Sejumlah 20, 000 ekor ikan telepia, Patin dan ikan Keli telah diusahakan oleh Tn. Hj Che Kasim bin Husain di tepian sungai Selehor sejak beberapa tahun yang lalu.

Ikan-ikan berenang segar di sangkar ternakan.

Sangkar Ternakan Ikan Di Sungai Selehor yang diusahakan oleh Tn. Hj. Che Kasim Husain.

 

Sungai Sejarah Tok Selehor dimanfaatkan dengan ternakan Ikan Keli, Telapia dan Patin.

  

 Perternakan Ikan Dalam Kolam 

Perternakan Ikan  telepia dalam Kolam pula  pernah diusahakan oleh Awang Teh bin Hamat  dalam 3 buah kolam dan 2 buah kolah.

Bagaimanapun setelah mengalami kerugian akibat kolam-kolam tempat ternakan  ditenggelami  banjir, usaha perternakan beliau terbantut akibat kekurangan modal dan kini beliau menternak secara kecil-kecilan.

Beliau berhasrat untuk memulakan semula perternakan ikan secara lebih besar  setelah memperolehi modal daripada mana-mana sumber.

Disamping menternak ikan dalam kolam dan kolah, Awang Teh

juga mengusahakan penanaman tebu seluas kira-kira suku ekar  untuk dibekalkan kepada penjual  air tebu di sekitar kampung ini.

3.                  Perternakan Ayam Daging  

 

            Bertempat di jalan Kok Pasir Kok Keli  satu usaha perternakan ayam daging telah diusahakan .

Pada setiap kemasukan sejumlah 10,000 ekor ayam diternak dan ini mengeluarkan kos sejumlah RM 60.000 sehingga ayam-ayam tersebut dapat dijual.

Projek peternakan ayam yang diusahakan lebih daripada empat tahun  ini menggunakan khidmat 3 orang pekerja dan anggaran keuntungan bersih setiap kali perternakan ialah kurang lebih RM 5,000.

 

 

 

 

4.                  Perternakan Lembu

Di  Kampung Kok Pasir, sejumlah 141 ekor lembu diternak oleh seramai 44 orang peternak.

 

 

Hubungi Webmaster Lokasi?

Phone:    09-7511099 - Ediramle Ismail

                                        (Webmaster)

Email:     edi@geek.com

               ediramle@geek.com 

 

Alamat Surat Menyurat:

 

No. 100 Jalan Perhentian Keretapi,

Kampung Kok Pasir, 

16040, Palekbang, 

Kelantan.


   Copyright --2003, Ediramle Ismail, Tumpat, Kelantan, Malaysia.