|
Aluan
Pengerusi
Assalamualaikum.
Saya
amat bersyukur kehadirat Allah S.W.T kerana diberinya taufiq dan
hidayah serta kesihatan dan kekuatan fizikal kepada kita semua
untuk terus membangun dan menjaga keamanan kepada kg Kok Pasir
khususnya .
Di
sini juga ingin saya mengucap berbanyak terima kasih kepada
pihak pejabat KEMAS Tumpat kerana telah mencalonkan Kg. Kok
Pasir untuk menyertai pertandingan Desa Cemerlang Peringkat
Jajahan Tumpat tahun 2003 dan
Peringkat Negeri Kelantan serta turut memberi sokongan idea serta wang ringgit.
Tidak
lupa juga diucapkan terima kasih terutamanya kepada AJK dan
seluruh penduduk kampung ini yang telah bermuafakat , bersatu
serta berkerja keras bagi menjayakan program ini.
Untuk makluman
semua, yang mana ini adalah kali pertama Kg. Kok Pasir
menyertai pertandingan.
Pada
pertama kali ini, sudah tentu terdapat kekurangan serba segi
seperti wang ringgit untuk keindahan dan keceriaan,
maklumat-maklumat untuk dimasukkan ke dalam profail dan
sebagainya . Tetapi dengan kerja keras serta gigih AJK, kami
dapat atasi
halangan ini untuk terus mengambil bahagian.
Yang
istimewa juga pihak kami ingin mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada Ketua Hakim serta panel hakim kerana sudi datang ke
kampung Kok Pasir untuk membuat penilaian , semoga penilaian ini
akan memberi dorongan serta galakan kepada kami semua di sini
untuk terus menyertai pertandingan di masa akan datang.
Sekian.
Semoga
berjaya.
Che
Mat Arifin bin Che Jaeh
(
Pengerusi GDW )
Penyelia
Pembangunan Mukim Kok Pasir.
LOKASI
Kampung
Kok Pasir terletak di daerah Sungai Pinang dalam Jajahan Tumpat
lokasinya kira-kira 7 kilometer dari Bandar Tumpat dan 15
kilometer dari ibu Negeri Kelantan iaitu Kota Bharu.
Keluasannya
kira-kira 270 ekar.
Dari
Destinasi lain, ke Kg Kok Pasir boleh melalui jalan raya, jalan
keretapi dan jalan sungai.
Kampung
sekitar Kok Pasir ialah , Kg. Kok Keli, Kg. Hutan Jambu, Kampung
Belian dan Kg. Berangan. Pada
tahun 2003 Kok
Pasir seramai 1788 orang dan 100 % berbangsa Melayu dan beragama
Islam.

Untuk
mengetahui Sejarah Selehor, Lubuk Jong dan Kok Pasir sila masuk
ke
link
Sejarah
|