Link:

Laman Ediramle

Panduan egroup

Arkib e-mel

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMAN GDW KG. KOK PASIR , TUMPAT

 BIRO KREATIVITI GDW KG.KOK PASIR 

JAWATANKUASA BIRO KREATIVITI KG.KOK PASIR. 

1.En.Sidi Ahmad B.Yusof            -            Pengerusi

2.En.Osman B.Salam                 -            Setiausaha

3.En.Osman B.Ibrahim                -            AJK ( Art & Batik Designer )

4.En.Asry B.Yahya                     -            AJK ( Art & Batik Designer)

5.En.Azizi B.Zainudin                  -            AJK ( Komputer grafik )

6.En.Abd Fatah B.Ismail             -            AJK ( Batik Designer )

7.En.Supian B.Muda                    -            AJK 

8.En.Anuar B.Mamat                   -            AJK

9.Mohd Nazri B.Abd Aziz            -            AJK

10.Norhisham B. Abdullah            -            Pembantu

 Visi

 Berazam menjadi paksi utama dalam merealisasikan hasrat kerajaan bagi mewujudkan sebuah kampung kreatif,inovatif dan bermaklumat. 

Misi 

Biro berazam menjadi peneraju utama dalam mempertingkatkan lagi perancangan dan pelaksanaan program-program berbentuk penyampaian maklumat, reka cipta dan kecerdasan buatan menerusi sumber kepakaran dan penggunaan teknologi secara optimum. 

Matlamat 

Menjadikan sebuah kampung bermaklumat,berketrampilan,kreatif dan

Inovatif melalui perkongsian tanggungjawab yang strategik melalui ciptaan-ciptaan kreatif dan penyampaian maklumat yang cekap dan berkesan. 

Peranan 

  1. Memantap dan menggerakan organisasi diperingkat akar umbi.
  2. Mempertingkatkan perkongsian bijak dan strategik melalui kerjasama dengan semua golongan masyarakat kampung,biro-biro,badan-badan bukan kerajaan,sektor swasta,egensi-egensi kerajaan.
  3. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program yang berkaitan dengan misi dan matlamat biro.
  4. Mempertingkatkan peranan dan keupayaan biro dalam perancangan,pelaksanaan program-program kreativiti diintegrasikan dalam perancangan program-program pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang.

5.            Menyediakan maklumat mengenai program-program dan aktiviti-aktiviti biro,jabatan-jabatan kerajaan,kampung melalui risalah dan iklan. 

PROGRAM-PROGRAM DAN AKTIVITI-AKTIVITI BIRO KREATIVITI MENERUSI KERJASAMA ANTARA PENDUDUK KAMPUNG,AGENSI KERAJAAN DAN SEKTOR SWASTA. 

  1. Membina papan tanda jalan.
  2. Mengadakan lukisan,slogan,pantun dan kata-kata kreatif pada dinding-dinding sloran,tugu,tayar,pintu gerbang dan kertas risalah.
  3. Membina papan kenyataan KG. Kok Pasir.
  4. Membantu menyediakan maklumat-maklumat mengenai perniagaan,sukan,kebudayaan,kebersihan,majlis-majlis rasmi dalam bentuk risalah,pengiklanan dan papan tanda.
  5. Menyediakan risalah-risalah dan iklan-iklan mengenai aktiviti-aktiviti biro GDW dan persatuan-persatuan kampung.

6.      Membina papan tanda di premis perniagaan,kilang,tempat bersejarah,jalan,sungai,gertak,tempat bersejarah,tempat ternakan,

Jalan dan sebagainya. 

CADANGAN AKAN DATANG. 

1.        Menggalakan para belia dan remaja lepasan sekolah mengikuti kursus-kursus kemahiran yang berasaskan kraftangan dan ciptaan-ciptaan kreatif seperti :- batik,reka bentuk hiasan,kayu kraf,logam perak / tembaga,tembikar,grafik,lukisan-lukisan kreatif.  

2.        Mempertingkatkan lagi kegiatan-kegiatan yang berasaskan kecerdasan buatan,ciptaan dan reka bentuk kreatif sesuai dengan hasrat kerajaan ingin menjadikan satu kampung satu produk.

 3.        Biro mencadangkan supaya diwujudkan bengkel kemahiran yang berasaskan kraftangan dan grafik untuk memberi peluang kepada anak-anak muda menceburkan diri dalam kegiatan sosio-ekonomi yang berfaedah untuk diri sendiri dan masyarakat.    

4.        Menggalakan individu-individu yang berkebolehan dan berkemampuan membuka bengkel-bengkel perniagaan berasaskan  kraftangan dan grafik.

 

“KREATIVITI KEARAH KAMPUNG KREATIF DAN BERINOVATIF”

Hubungi Webmaster Lokasi?

Phone:    09-7511099 - Ediramle Ismail

                                        (Webmaster)

Email:     edi@geek.com

               ediramle@geek.com 

 

Alamat Surat Menyurat:

 

No. 100 Jalan Perhentian Keretapi,

Kampung Kok Pasir, 

16040, Palekbang, 

Kelantan.


   Copyright © --2003, Ediramle Ismail, Tumpat, Kelantan, Malaysia.