free hosting   image hosting   hosting reseller   online album   e-shop   famous people 
Free Website Templates
Free Installer

LAMAN GDW KG. KOK PASIR , TUMPAT

BIRO KEBERSIHAN DAN KESIHATAN  GDW KG.KOK PASIR

 “KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN” 

PERUTUSAN PENGERUSI. 

Assalamualaikum. 

Terlebih dahulu saya sebagai pengerusi biro kebersihan dan kesihatan GDW Kok Pasir ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana diatas kesudian memberi peluang kepada saya memberi sepatah dua kata dan ucapan setinggi penghargaan kepada pihak penganjur,Biro Kebersihan dan Kesihatan dan seluruh penduduk Kampung Kok Pasir diatas kerjasama yang ditunjukkan sehingga kampung kita menjadi johan di Pertandingan Desa Cemerlang peringkat daerah baru-baru ini.

             Dalam proses mencapai hasrat wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.Dalam mrealisasikan hasrat ini,kita haruslah ingat bahawa untuk mencapai matlamat tersebut aspek-aspek penting perlulah diberi penekanan supaya ianya dapat dicapai.

            Diantaranya ialah aspek kebersihan dan kesihatan,aspek ini perlulah diberi perhatian  yang sewajarnya terutamanya kepada Biro, masyarakat dan individu keseluruhanya dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti dan program-program yang berkaitan dengan kebersihan dan kesihatan.Sekiranya matlamat ini tercapai,maka tidak hairanlah suatu hari nanti kampung kita akan menjadi maju dan cemerlang seiring dengan hasrat wawasan negara.

             “Untuk mewujudkan sebuah kampung yang maju dan cemerlang amat sukar tetapi untuk memundurkanya amatlah mudah”

             Saya doakan semoga kampung kita dapat mencapai kecemerlangan dan kemajuan dalam semua bidang dan aspek demi untuk kebaikan agama,bangsa dan negara. Wassalam 

JAWATANKUASA BIRO KEBERSIHAN DAN KESIHATAN GDW KG.KOK PASIR.

 1. Tn Hj. Zainudin B. Awang                         -           Pengerusi                              -          

2. Ust.Abdul Aziz B. Abdullah                       -           Setiausaha

3. En.Abdul Fatah B. Ismail                           -           AJK

4. Tn Hj.Wan Yakub B. Wan Deraman                   -           AJK

5. En.Hakimi B. Mamat                                            -           AJK

6. Che Aziz B. Che Hassan.                                    -           AJK

7. En.Abdullah B.Ab.Rahman                                            AJK

8. Tn Hj Yusoff B.Ismail                                             -           AJK

9. En. Abdullah B.Hussin                                          -           AJK

10.Tn Hj Ismail B. Che Mat.                                      -           AJK

11.Tn Hj Che Kasim B. Hussin                               -           AJK  

 Visi

 Berazam menjadi paksi utama dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk memastikan taraf kebersihan dan kesihatan kampung berada ditahap membanggakan.

 Misi 

Biro berazam menjadi peneraju utama dalam mempertingkatkan lagi perancangan pelaksanaan,pemantauan dan penilaian terhadap taraf kebersihan persekitaran dan kesihatan penduduk kampung ini bagi memastikan pembangunan yang seimbang dan mantap untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat selaras dengan matlamat Dasar Wawasan Negara. 

Matlamat 

Memantapkan lagi taraf kebersihan dan kesihatan melalui perkongsian tanggungjawab yang strategik dan penyampaian maklumat cekap dan berkesan.

Objektif

  1. Mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kebersihan dan kesihatan melalui pengurusan maklumat.
  2. Menggalakkan pelaksanaan program kebersihan dan kesihatan.
  3. Mempertingkatkan peranan dan tanggungjawab biro dalam merealisasikan Dasar Wawasan Negara.
  4. Membantu masyarakat kampung kearah mempertingkatkan lagi kerjasama diantara mereka.
  5. Memastikan taraf kebersihan persekitaran dan kesihatan penduduk kampung berada ditahap membanggakan.

Strategi 

  1.      Memantap dan menggerakkan organisasi diperingkat akar umbi.

  1. Mempertingkatkan perkongsian bijak dan strategik melalui kerjasama dengan semua golongan masyarakat kampung,sektor swasta dan agensi-agensi kerajaan.
  2. Mempertingkatkan peranan dan keupayaan Biro dalam perancangan,pelaksanaan dan penilaian program-program kebersihan dan kesihatan di peringkat kampung.
  3. Memastikan kebersihan dan kesihatan diintegrasikan dalam perancangan program-program pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang.

AKTIVITI-AKTIVITI DAN PROGRAM-PROGRAM  MELALUI KERJASAMA ANTARA PENDUDUK KAMPUNG,AGENSI KERAJAAN DAN SEKTOR SWASTA.  

KEBERSIHAN. 

1.       Program Pertandingan rumah cemerlang peringkat kampung. 

Objektif program ini diadakan adalah untuk menggalakan dan mempertingkatkan tanggungjawab penduduk kampung terhadap penjagaan persekitaran rumah.Program ini telah dipertingkatkan lagi sempena program pertandingan desa cemerlang 2003. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama biro,penduduk kampung,egensi- agensi kerajaan dan sektor swasta.Program ini diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa.  

2.       Kempen-kempen kebersihan. 

Objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan tahap kebersihan kampung dapat dipertingkatkan. Program ini diadakan dengan kerjasama antara biro dan egensi kerajaan. Program ini dilaksanakan menerusi penerangan-penerangan,risalah-risalah dan iklan-iklan kebersihan dari rumah ke rumah , premis perniagaan,masjid,tempat-tempat awam dan sebagainya.Program ini diharap dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.  

3.       Aktiviti pembersihan dan pemantauan kawasan persekitaran kampung seperti kawasan  jalan,masjid,tanah perkuburan,kediaman awam dan sebagainya.  Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan persekitaran kampung sentiasa bersih dari sebarang sampah sarap.Aktiviti ini telah dijayakan dengan kerjasama biro dan penduduk kampung menerusi gotong royong.Biro juga memainkan peranan yang aktif bagi memastikan kebersihan persekitaran kampung berada di tahap membanggakan.Program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. 

4.       Program pemantauan kawasan sungai. 

Objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan
sungai sentiasa bersih dan terpelihara daripada sebarang bahan buangan.Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar melalui kempen-kempen cintailah sungai kita menerusi risalah-risalah,iklan dan penerangan. Diantara punca-punca pencemaran sungai termasuklah sisa buangan domestik,sisa buangan industri pembuatan,sisa buangan industri ternakan dan pertanian.Program ini akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

  5.       Program kebersihan dan pemantauan kawasan tanaman pertanian,reban dan ladang-ternakan. 

Objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan tersebut sentiasa bersih dan terkawal.Program ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan,penternak,peladang dan petani menerusi risalah-risalah kebersihan dan penerangan mengenai penjagaan  kawasan tanaman,ladang ternakan dan reban.  

 

6.       Program pemantauan kawasan kilang dan industri pembuatan. 

Objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan  tersebut sentiasa bersih dan terjamin. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan,sektor-sektor perkilangan dan industri pembuatan.Program ini dilaksanakan menerusi risalah-risalah kebersihan,penerangan dan kaunseling.Program ini diharap dapat mempertingkatkan lagi taraf persekitaran kawasan tersebut. 

7.       Program pemantauan kawasan permis perniagaan,restoran,pasar dan gerai. 

Program ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan-kawasan persekitaran dan makanan-makanan yang dijual sentiasa bersih dan terkawal dari sebarang pencemaran,samada melalui air,udara dan persekitaran. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan,peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja menerusi risalah-risalah dan kaunseling megenai penjagaan kebersihan dan kesihatan. 

8.       Aktiviti pembersihan dan pemantauan kawasan masjid,madrasah,rumah kebajikan masyarakat,tanah perkuburan. 

Objektif program dan aktiviti ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan tersebut sentiasa bersih dan terurus.Aktiviti ini telah dilaksanakan melalui kerjasama antara biro dengan penduduk kampung menerusi kegiatan gotong royog. Aktiviti ini telah menjadi satu kegiatan tahunan penduduk kampung ini sejak dahulu lagi.Program ini telah dipertingkatkan lagi sempena pertandingan desa cemerlang 2003. 

CADANGAN AKAN DATANG 

1.      Biro mencadangkan supaya mengadakan minggu kebersihan peringkat kampung.

2.      Biro bercadang meningkatkan lagi kerjasama antara penduduk kampung,agensi kerajaan dan sektor swasta dalam memastikan taraf kebersihan kampung ini sentiasa berada ditahap yang membanggakan.

3.      Biro bercadang meningkatkan lagi taraf kebersihan kampung ini melalui penyediaan insfrastruktur-insfrastruktur yang lebih baik dan terjamin.  

 KESIHATAN. 

  1. Kempen-kempen kesihatan.
Objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan taraf

kesihatan penduduk kampung dapat dipertingkatkan. Program ini dilaksanakan melalui kerjasama antara jabatan kesihatan,biro dan penduduk kampung menerusi program ceramah dan penyampaian risalah kesihatan. 

  1. Aktiviti pembersihan dan pemantauan kawasan pembiakan nyamuk  dan vaktor.

Objektif program dan aktiviti ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan persekitaran kampung sentiasa bersih dan terpelihara dari sebarang tempat pembiakan nyamuk dan vaktor. Program ini dilaksanakan melalui kerjasama penduduk kampung,biro dan jabatan kesihatan menerusi aktiviti-aktiviti gotong royong membersihkan kawasan dan menerusi khidmat,nasihat daripada jabatan kesihatan.  

  1. Program pemeriksaan kesihatan penduduk kampung oleh Jabatan Kesihatan.
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan taraf

kesihatan penduduk kampung ini dapat dipertingkatkan dari masa  ke semasa menerusi pemeriksaan dan penjagaan kesihatan.Program ini  biasanya dijalankan oleh jabatan-jabatan kesihatan daerah.Program ini biasanya diadakan satu atau dua kali dalam setahun.Program ini diharap dapat dipertingkatkan lagi dengan adanya kerjasama antara biro. 

  1. Klinik Desa Kok Pasir.

Objektif klinik desa ditubuhkan adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat menerusi pelaksanaan,perancangan dan penilaian program-program kesihatan penduduk kampung,khususnya bayi dan ibu mengandung. 

            Antara program dan aktiviti Klinik Desa :           

a.      Menyediakan klinik ibu hamil dan klinik kanak-kanak.

b.      Membuat lawatan ke rumah rumah ibu hamil.

c.      Menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan.

d.      Membuat rawatan bulanan.

e.      Perkhidmatan perancang keluarga.

f.       Tinggal di atas pangilan ( m call ) untuk ibu bersalin.  

KADAR KELAHIRAN BAYI TAHUN (1998 - Sept 2003 ) 

TAHUN

JUMLAH

1998

53

1999

45

2000

38

2001

58

2002

43

Sept.2003

40

 

KADAR IBU MENGANDUNG (1998 – Sept 2003 )

 

TAHUN

JUMLAH

1998

67

1999

54

2000

48

2001

53

2002

48

Sept.2003

25

 

5.      Perkhidmatan Klinik / Hospital Kesihatan Daerah. 

Di kawasan ini kita mempunyai dua pusat kesihatan iaitu Pusat Kesihatan Kecil Sungai Pinang dan Hospital Daerah Tumpat. Buat masa ini masyarakat kampung terpaksa menggunakan perkhidmatan di tempat tersebut,memandangkan tempat tersebut tidak jauh dari kediaman dan dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan dan menyeluruh. 

CADANGAN AKAN DATANG 

1.            Biro mencadangkan supaya program-program dan aktiviti-aktiviti berbentuk kesihatan dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

2.            Mempertingkatkan lagi kerjasama biro dan egensi kerajaan dalam meningkatkan taraf kesihatan penduduk kampung.

3.            Mengadakan minggu kesihatan peringkat kampung.  

PANDUAN RUMAH SEMPURNA 

  1. Bahagian luaran.
    1. Halaman rumah.
    2. Lubang sampah.
    3. Lubang air perlimbahan.
    4. Ampain kain.
    5. Kebun sayur.
    6. Haiwan ternakan.
  1. Bahagian dalaman.
    1.  Ruang tamu.
    2.  Sudut bacaan.
    3.  Bilik tidur.
    4.  Bilik sembahyang.
    5.  Bilik air dan tandas.
    6.  Ruang dapur dan ruang makan.
    7.  Stor
    8.  Almari lauk
    9.  kabinet
    10.  Rak pinggan mangkuk.
    11.  Tong sampah.
    12.  Kain pengelap tangan.
    13.  Kain pengelap pinggan.
    14.  Kain pengangkat periuk.
    15.  Bahan-bahan masakan.

Hubungi Webmaster Lokasi?

Phone:    09-7511099 - Ediramle Ismail

                                        (Webmaster)

Email:     edi@geek.com

               ediramle@geek.com 

 

Alamat Surat Menyurat:

 

No. 100 Jalan Perhentian Keretapi,

Kampung Kok Pasir, 

16040, Palekbang, 

Kelantan.


   Copyright © --2003, Ediramle Ismail, Tumpat, Kelantan, Malaysia.