DARUL HANAN
Menyedari
yang Selehor adalah pada suatu masa dulu begitu terkenal dengan
pengajian pondoknya pada zaman Tok Selehor. Anak cucu dan
keluarga Tok Selehor telah bersetuju mewakafkan tanah mereka
bagi tujuan mendirikan rumah orang tua di atas tapak asal
pondok Tok Selehor.
Tujuan
·
Membantu warga tua yang tidak berwaris.
·
Memanfaatkan masa lapang mereka dengan aktiviti
agama
·
Memberi sokongan emosi dan kaunseling
·
Memperkukuhkan kegiatan beribadah, riadah dan
rekreasi.
·
Menanamkan rasa ehsan dan prihatin masyarakat
kepada wargatua.
Penghuni
Pondok
ini dikhaskan untuk wargatua,
wanita yang berumur lebih daripada 60 tahun, miskin ,
tidak berwaris dan tidak berpenyakit serius.
Aktiviti
Aktiviti
terpenting ialah mengerjakan ibadat khusus secara berjemaah,
bertadarus Al-Quran, mendalami ilmu-ilmu berhubung dengan fardu
ain dan akidah. Selain itu,
mengadakan program lawatan dan ziarah ke tempat-tempat
yang difikirkan munasabah.
Pembinaan Pondok
Pembinaan
rumah orang tua di
pondok Tok Selehor ini dilakukan dengan cara wakaf.
Setiap pondok berharga kira-kira RM.5,000.00.
Nama pewakaf dicatatkan pada pondok yang berkenaan.
Dewan Darul Hanan
Sebuah
dewan bagi kegunaan pelbagai perjumpaan
didirikan di kawasan ini, berukuran 60 X 70 kaki persegi
yang berharga kurang lebih RM 100,000.00.
Kemudahan
Asrama lelaki dan perempuan serta dewan makan untuk peserta MLVK
juga turut diadakan.
Pelancaran
meletak Batu Asas Darul Hanan telah disempurnakan oleh YBM
Tengku Razaleigh Hamzah (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Kelantan ketika itu)
pada hari
Khamis 26 Ogos 1999.
Sumbangan
Kepada Anak Yatim
Yayasan Darul Hanan juga telah
menguruskan sumbangan kewangan antara RM 50.00 hingga RM 150.00
(bergantung kepada kedudukan kewangan
keluarga anak yatim )
sebulan kepada seramai 183 orang
anak Yatim di sekitar mukim ini dengan mendapatkan derma
daripada penderma-penderma secara bulanan.
Orang-orang tua yang berumur 60 tahun ke
atas yang mendiami pondok Darul Hanan
turut mendapat sumbangan daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat berjumlah RM 135 seorang sebulan
dan urusan lain adalah dibiayai oleh Yayasan Darul Hanan
yang mengeluarkan belanja kira-kira
RM 4,000 sebulan.
Dewan Serba guna
Darul Hanan bakal diperkembang dan
diperluaskan fungsinya dengan usaha mewujudkan sebuah dewan
serbaguna yang berharga kira-kira RM 200,000.00 yang boleh
menampung seramai 1,000 orang pada satu-satu majlis untuk
kegunaan umum dan untuk disewakan.
Perletakan batu asas Dewan yang bakal
dibina di atas tapak tanah yang diwakafkan oleh seorang penderma
tempatan di daerah Tumpat ini dijangka akan dilaksanakan selepas
hari Raya Aidil Fitri Tahun 2003.
Selanjutnya pembinaan bangunan anak yatim
yang berupaya menampung seramai 40 orang juga
akan turut dilakukan bagi menempatkan anak-anak yatim di
sekitar daerah ini bagi memastikan mereka mendapat didikan
pelajaran dengan lebih sempurna demi untuk masa depan yang
cemerlang.
Darul Hanan juga bercadang untuk
mewujudkan satu tempat reakresi sungai
, sesuai untuk sukan air seperti untuk berkayak dan
sebagainya. Begitu
juga bakal disediakan kawasan memancing yang sesuai untuk
pemancing di tepian Sungai Selehor yang kaya dengan pelbagai
spisies ikan yang mendiami di dasarnya.
Bertujuan untuk menarik pengunjung dan
orang ramai ke Darul Hanan dan ke tempat-tempat bersejarah di
Kok Pasir, Yayasan Darul Hanan berhasrat untuk membesarkan jalan
masuk ke kawasan ini dan menambah pelbagai kemudahan yang lain.
|