Link:

Laman Ediramle

Panduan egroup

Arkib e-mel

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMAN GDW KG. KOK PASIR , TUMPAT

BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Ahli Jawatankuasa 

Pengerusi :                   Hashim bin Ismail

Setiausaha:                   Ediramle Ismail      -    http://edi.bebto.com       edi@geek.com

Ajk:                              Ilwan bin Ahmad Nadzirin  - Pengurus MLVK Darul Hanan

Ajk:                              Mohd Firdaus Zahiri bin Mohd Noor – Guru MLVK.   - 

                                     -   Zieda0225@yahoo.com

Ajk:                              Mohd Nizam bin Mohd Nawi  - Guru MLVK  - 

                                     -    ezamieda@yahoo.co.uk

Ajk:                              Nur Hafizul bin Sabramulisi – Guru MLVK   

                                    hafizul802003@yahoo.co.uk

Ajk:                              Razak bin Ismail

Ajk:                              Rizatul Akmal   bin Zaid   -  Petugas Darul Hanan

Ajk:                              Mokhtar bin Yusoff -  Pemilik kedai ICT. 

Tugas dan Tanggungjawab 

1.                  Mengumpul data berkenaan IT dan sumber-sumber IT di Kok Pasir.

2.                  Merancang dan menjalankan aktiviti ke arah masyarakat Kok Pasir yang celik IT .

3.                  Memetakan Kok Pasir sebagai  kampung bersejarah  dan bermaklumat ke segenap pelusuk Nusantara.

4.                  Menjalankan latihan kemahiran komputer dan ICT terhadap masyarakat setempat dan masyarakat luar kawasan ini.

5.                  Merangsang penduduk setempat dan seluruh masyarakat Negeri Kelantan supaya menyedari tentang betapa pentingnya penggunaan IT  ketika ini dan pada masa akan datang. 

Laporan Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 

Dalam usaha mengikuti arus zaman ICT yang mengalir pantas , Kg. Kok Pasir tidak ketinggalan atau terpinggir dari perkembangan Zaman ini.  Kg Kok Pasir mampu bergerak seiring dengan pergerakan arus pemikiran globalisasi kini berdasarkan beberapa usaha yang telah dijalankan oleh Tokoh-tokoh  yang berasal dari Kampung ini antaranya : 

1.         MLVK Darul Hanan  

Usaha yang dilakukan oleh Dato’ Dusuki Hj. Ahmad ( Kini Setiausaha Politik Perdana Menteri)   menerusi RD NETWORK SDN BHD  telah mewujudkan sebuah pusat latihan MLVK ( Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) bertempat di Pondok Darul Hanan. 

Pusat ini menawarkan tiga kursus yang berkaitan  dengan IT

Dan kemahiran komputer melalui kursus tahap 2 yang mengambil masa selama enam bulan setiap pengambilan.  Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut: 

i           Kursus Rangkaian Komputer

ii           Kursus Sistem Komputer

iii          Kursus Sistem Maklumat 

MLVK Darul Hanan dimulakan operasinya   pada 18 Januari 2003 dan telah menamatkan kursus pengambilan pertamanya pada 18 Julai 2003.

Pada pengambilan pertama MLVK Darul Hanan  yang berkelengkapan 3 buah makmal dengan 60 buah komputer telah diikuti seramai 83 orang perserta.  49 daripadanya adalah peserta lelaki, manakala peserta perempuan seramai 34 orang. 

MLVK Darul Hanan diuruskan oleh En. Ilwan Ahmad Nadzirin dan  dikendalikan oleh 3 orang tenaga pengajar yang berkelayakan serta berpengelaman dan bertaraf profesional , mahir dalam bidang IT dan diiktiraf oleh MLVK yang terdiri daripada : 

i.                     En. Mohd Firdaus Zahiri bin Mohd Nor.

ii.                   En. Mohd Nizam bin Mohd Nawi.

iii.                  En. Nur Hafizul bin Sabramulisi. 

Peserta kursus pengambilan pertama adalah terdiri daripada pelajar tempatan dan juga peserta luar. Selain peserta dari Kelantan, terdapat juga 3 orang dari Terengganu dan 2 orang dari Pahang.

 MLVK Darul Hanan ditubuhkan bertujuan

  • Melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang IT.
  • Melahirkan pelatih yang berpengalaman.
  • Membimbing para pelatih ke arah menjadi pekerja yang sempurna dari segala aspek.
  • Membantu industri IT mendapatkan tenaga mahir yang berketerampilan dan berwibawa.

Lantaran itu bagi meneruskan sesi kursus , pengambilan kedua dijangkakan  akan dimulakan pada bulan September 2003. Pengambilan kali ini menghadkan kepada 75 orang pelatih dengan 25 pelatih bagi seorang guru. 

2.                  Laman WEB Khas Kok Pasir

Ke arah memetakan dan memperkenalkan Kok Pasir sebagai kampung yang bersejarah dan bermaklumat ke seluruh pelusuk Nusantara, Biro ICT telah mewujudkan sebuah laman web khas Kampung Kok Pasir yang memuatkan pelbagai data-data, sejarah dan gambar-gambar tempat yang istimewa yang sesuai untuk dikunjungi yang terdapat di kampung ini. 

Laman web yang dimaksudkan boleh dilayari melalui

Sama ada   http://kokpasir.bebto.com         atau   http://kokpasir.isgreat.tv  

Selain menghasilkan laman web , Biro ICT juga telah menubuhkan beberapa egroups khas di internet untuk merangsang ke arah celik IT, mahir IT dan seterusnya melahirkan pakar-pakar IT di Daerah Tumpat Khasnya serta Negeri Kelantan amnya.

Melalui Tumpat@yahoogroups.com   juga

 IT-Kelantan@yahoogroups.com  Jawatankuasa ICT Kok Pasir menambah pengalaman dan pengetahuan dalam bidang IT melalui perbincangan antara ahli-ahlinya. 

Bertujuan memudahkan cadangan dan saranan kepada biro ICT,   GDW  Kok Pasir, turut ditempatkan buku tamu pada laman web kok pasir dan e-mel yang beralamat kokpasir@softhome.net   turut diwujudkan. 

3  .   Penggunaan Komputer dan Internet

Penggunaan komputer dan internet di Kok Pasir , walaupun ianya masih dalam tahap yang boleh dipertingkatkan lagi,

Sejumlah 28 buah keluarga di kampung ini memiliki komputer di rumah masing-masing dan dari jumlah itu sebanyak 10 keluarga menggunakan internet. 

Walaupun pada tahap ini, mutu penggunaan internet di Kok Pasir adalah setanding dengan yang terdapat dia kampung-kampung lain yang telah terkedepan dalam penggunaan Internet dan IT.

Hingga kini dan seterusnya, biro ICT berusaha untuk mempertingkatkan kadar celik IT di Kampung dengan berusaha untuk mendapatkan kemudahan komputer, dan bilik yang sesuai untuk diadakan proses pengajaran komputer dan IT kepada semua golongan masyarakat kampung ini terutamanya kepada kalangan remaja. 

Berhubung perkara ini , Biro ICT Kok Pasir juga bercadang untuk mewujudkan sebuah pusat maklumat yang mengumpul dan membekalkan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada masyarakat kampung ini dan kampung-kampung sekitar. 

3.                  Kedai Telefon Bimbit 

Selain terdapat pusat MLVK, Laman web Khas, Komputer peribadi milik  keluarga,  kok pasir juga dapat berbangga dengan beberapa anak muda yang telah mewujudkan suasana ICT yang lebih menarik di Kok Pasir dengan membuka sebuah kedai telefon bimbit yang mana selalunya tidak terdapat di kampung-kampung lain.

Kedai yang menawarkan penjualan telefon bimbit, aksosesori dan membaik pulih telefon bimbit yang juga merupakan sumber ICT telah menjalankan operasinya pada 28 Jun 2003 dengan diuruskan oleh Belia tempatan kampung ini iaitu En. Mokhtar bin Yusoff bersama rakan-rakan. 

Pemilik kedai ini berharap agar dapat diperkembangkan lagi perniagaannya bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat. 

Kursus-Kursus Komputer yang dihadiri oleh  warga desa Kok Pasir. 

  1. Kursus Leterasi Komputer.

Tarikh   :    2001

Tempat  :    Infra

Penyertaan  :   Othman Salam 

  1. Kursus ICT Desa

Tarikh     :     11 hingga 14 ogos 2003

Tempat    :     Hotel Ansar, Kota Bharu.

             Penyertaan:   Sidi Ahmad bin Yusof

                                   Mohd Sukari bin Abd. Rahman 

  1. Kursus Pengendalian Internet dan Laman Web

Tarikh  :          25 hingga 28 Ogos 2003.

Tempat :         Pusat kegiatan Guru Jambu Lawar, Machang.

Penyertaan:    Ramle  Ismail , selaku penceramah dan fasilitator. 

Kami berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak peluang  kursus Komputer dan IT  kepada penduduk kampung ini yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dan kami juga bercadang untuk menganjurkan siri-siri  kursus yang berkaitan  apabila  memiliki kemudahan komputer nanti.

http://kokpasir.bebto.com

 kokpasir@softhome.net

 

©   Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi  (ICT) GDW Kok Pasir  2003

Papan tanda MLVK dan Pondok Darul Hanan - Suatu gabungan genarasi dari dua dunia yang agak

berbeza tapi bermatlamat untuk kebahagian insan.

 

Antara Komputer yang terdapat di Makmal MLVK Darul Hanan.

 

Kedai Telefon bimbit di Kok Pasir

Encik Mokhtar- Belia Kok Pasir yang bersedia harungi alam keusahawanan ICT.

Hubungi Webmaster Lokasi?

Phone:    09-7511099 - Ediramle Ismail

                                        (Webmaster)

Email:     edi@geek.com

               ediramle@geek.com 

 

Alamat Surat Menyurat:

 

No. 100 Jalan Perhentian Keretapi,

Kampung Kok Pasir, 

16040, Palekbang, 

Kelantan.


   Copyright © --2003, Ediramle Ismail, Tumpat, Kelantan, Malaysia.